Pasukan Bola Sepak Kita Kalah
Pada hari khamis 25hb Februari yang lalu, satu perlawanan bolasepak persahabatan antara sekolah kita dengan Sekolah Menengah Agama Parit Raja telah dilangsungkan. Pada perlawanan tersebut, pasukan sekolah kita telah tewas dengan jaringan 0-1.. Gol dijaringkan pada separuh masa kedua melalui tendangan penalti setelah bola terkena tangan salah seorang pemain kita di dalam kotak penalti. Pengadil pada perlawanan tersebut telah menunjukkan integriti yang tinggi dengan memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan, walaupun pengadil tersebut adalah guru di sekolah kita sendiri. Pengadil itu, tidak lain dan tidak bukan adalah saya sendiri (Cikgu Eruan) hahahahaha. Jangan bimbang, marilah kita sama-sama berdoa agar pasukan kita akan bangkit dari kekalahan ini dan mengharunkan nama sekolah di masa hadapan.